4 all

ada pelawat ke ..

sing song

Friday, August 13, 2010

kata-katA punjagga!!



Kata-Kata Pujangga

"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan" ~Pujangga

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" - Khalifah Abdul Malik bin Marwan

"Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya." ~Pujangga~

"Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara." ~Pujangga~

"Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali" ~kata-kata Pujangga~

"Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali." Kata-kata Pujangga~

"Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa." kata-kata Pujangga~

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu." Kata-kata Pujangga~

"Jangan biarkan perahu hanyut tak ber'penghuni' nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan." kata-kata Pujangga

"Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan anda diabaikan orang." kata-kata Pujangga

"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji." ~kata-kata Pujangga

"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."kata-kata Pujangga`

"Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini." kata-kata Pujangga~

"Hanya mereka yang melepasi ujian akan melalui kehidupan dengan sabar." kata-kata Pujangga`

Kata-kata Pujangga: "Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan."

"Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana" kata-kata Pujangga~

"Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi." kata-kata Pujangga`

"Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya." kata-kata Pujangga`

"Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang." kata-kata Pujangga~

Kata-kata Pujangga:" Jangan impikan sesuatu tanpa berusaha mencapainya."

Kata-kata Pujangga: "Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini."

Kata-kata Pujangga:" Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."

Kata-kata Pujangga:"Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup."

Kata-kata Pujangga: "Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan."

Kata-kata Pujangga:"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak."

Kata-kata Pujangga: "Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain."

Kata-kata Pujangga: "Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."

Kata-kata Pujangga: "Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang."

Kata-kata Pujangga: " Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali."

Kata-kata Pujangga: "Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia."

Kata-kata Pujangga: "Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri."

Kata-kata Pujangga: "Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan."

Kata-kata Pujangga: "Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."

Kata-kata Pujangga: "Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

Kata-kata Pujangga: "Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti."

Kata-Kata Pujangga: "Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal."

Kata-kata Pujangga: "Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa."

Kata-kata Pujangga: "Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."

Kata-kata Pujangga: "Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?"

Kata-kata Pujangga: "Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Kata-kata Pujangga: "Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

Kata-kata Pujangga: "Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur"

Kata-kata Pujangga: "Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang." & "Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra."

Kata-kata Pujangga: "Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan."

CaNTIKNYA..seorg wanita itu!



Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis bukan
kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar
senyum kosmetik.

Cantik seorang wanita itu sebagai remaja tidak
pada kulitnya mulus menggebu terdedah.

Cantik seorang wanita itu sebagai Hawa tidak
kerana bijak meruntuh iman kaum Adam.

Cantik seorang wanita itu sebagai anak tidak
menjerat diri pada kedurhakaan.

Cantik seorang wanita itu sebagai isteri
merempuh badai di sisi suami.

Cantik seorang wanita itu sebagai menantu
menjauhi persekongkolan ipar lamai.

Cantik seorang wanita itu sebagai ibu membuai
anak di kala suami menjalin mimpi.

Cantik seorang wanita itu sebagai mentua telus
hati mengagih kasih setara pada semua.

Cantik seorang wanita itu sebagai nenek
menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit.

Cantik seorang wanita itu sebagai warganegara
peka membela nasib dan maruah negara.

Cantik seorang wanita itu sebagai warga tua
menghitung hari dengan selembar mashaf.

Cantik seorang wanita itu sebagai intelektualis
menyala obor mewangi setanggi profesionalis.

Cantik seorang wanita itu sebagai akidah solehah
mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah

Sunday, August 8, 2010

Yuk! dgr ceramah !



assalamualaikum..
today..(8 / 8 )
sy n pamili..ke Masjid Saidina Ali, Melaka Tgh
nk dgr ceramah Ramadhan



cerita nya begini...
pagi- pagi bangun!
bersiap-siap
n then bertolak pkl 8.45
naik kereta Suzuki Vintara
sebenarnya program tu start pkl 10 pagi
tapi kitorang pegi awl sebab nk mkn agi
takut x sempat

mula lah..bertolak!
sy hanya duduk je dlm kete
tgk kat luar dgn p'dgn kosong
sambil2 tuh tgk lah video clip Lagu Maher Zain
kat dlm tv kecik (gelarn yg diberi sy..sebnrnya tu IXI )

tiba2 ade bunyi ktik..ktik..ktik
mula pelan2 je tapi semkin lama smkn kuat!
nk tahu ape??
ianya ialah Air Hujan
hahaha, wat suspen err

dlm pkl 9.30 gitu..
kitorang berhenti untk mkn
time tuh hujan masih turun dgn lbt
terpaksa guna payung,
tapi sy dn mk sy je guna
ayh sy pula terpksa redah je..
kedai tuh kecik er..tapi okey ah
sy mkn nasi lemak telur mata lembu and ayam rendang
fuh..best! dhlah tgh lpr mas tuh..lagi lagi lah sedap
dh kenyang ..
bertolak ke Masjid Saidina Ali
mujurlah dkt je ngn kedai tuh
so sng ah sikit

lima minit kemudian,
" Yeah, sampai poon!"
" Besarnya..wou"
haha..tulah prktn pertama sy ckp!
kitorang lalu kat blkg masjid..
sebab tuh jln pintas!

mula2 tiada agi orng kat sini
pastuh kitorang tunggu jela ngan sbar
masa tunggu tuh sy sempat agi ..pegi tandas

tgk tnds dia bersih jer..(jgn tiru prgi nih)


siap ade terompah agi..(jgn tiru prgi nih)

hehe..sy amik photo nih diam2 er..

nk tahu yg selanjutnya?? jom!
tiba2 sy ternmpk seorang mk cik nih..
rupa2nya tu kwn mk sy, so sy ckp lah kat my ummi
kitorang pun bersalam2an lah
mk cik tu ade bwk cucu die..
comel..nm nya Wafi
putih sgt wafi tuh..
mk sy apa lagi dukung lah

kitorang pon msk lah Masjid
n Then program pun bermula lah
buat pengetahuan semua..
adik wafi masih bersama sy and ummi
nenek dia dh pergi kemana lah
so sy jaga lah wafi..
nk tgk photo die??
nilah..si wafi comel
program pertama..
bacaan ayt Quran oleh ayh a dik Wafi
ni gmbr ayh Wafi semasa baca Quran (pk cik Ammar)

pastuh sesi ceramah oleh Ustaz Mohd Shukri
ni ade gmbr die..


pastuh ade sikit video clip
ha' nih die...skrin besar
gmbr aksi budk2 masa ceramah..dua2 comei

pukul 12 tengah hari
program pun selesai
dan ade mkn2 sikit
sy dn mk sy share sama2
mkn mee dan telor
lepas mkn sy beli coklat aqsa syarif..
yg perisa biasa dn yg ade peanut
tapi sy lebih suka yg ade peanut sebab ade kcng almond

n then sy pikir nk balik dh..
tapi mk and ayh sy borak2 pulak..
terpaksa lah wait..dalam 5 minit

pastuh baru boleh balik.
penat sgt hingga tertidur dlm kete..
zzzz.. (teroks)

okey lah..bye
WaSaLaM

Friday, July 30, 2010

My-$ad and p4in..


cheeks wet with tears when
This drift away as
fantasy world will drift
without realizing it drop by drop down
wet my face as the rain wet earth
I wipe my eyes water even when they interfere with me
I feel it like a blessing
I will enjoy it again I think
I know drugs are not sad tears me
but at the moment I would like once it is running
such as water fountain hills
full of purity and cleanliness
but my eyes are no longer pure water and clean
due to impurities of the past ..

When the pain I feel
My tears flowed signs of pain
but no one had heard weeping
I feel this around the statue as
.. let me know all of this for me!
I tried to come of all this
but I can not because the desires of my own, have
This makes my pain as a responder let me!
This has let himself succumb and pleased
I know the most powerful god
He who gives life and death
My present self is facing you, the One
I honestly was in tears last in this life ...

Tuesday, July 20, 2010

Open Your Eyes - Maher Zain


Open Your Eyes

Album :
Munsyid : Maher Zain
http://liriknasyid.com


Open Your Eyes
Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..

Friday, July 16, 2010

lagu & lirik hold my hand

Hold My Hand

Album : Thank You ALLAH
Munsyid : Maher Zain
http://liriknasyid.com


I hear the flower's kinda crying loud
The breeze's sound in sad
Oh no
Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don't see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don't we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Children seem like they've lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore
heartbreaking crying sounds
And we're still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it's a daily basic affair

No matter how far I might be
I'm always gonne be your neighbor
There's only one small planet where to be
So I'm always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can't deny
That we're always gonna be neighbors
You're neighbor, my neighbor
We're neighbors

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you


kata2 nasihat buat semua








Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu
sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinya setiap detik
hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh
taqwa kerana yang benar benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan
jahat.......

Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan
belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian

kawan, rahsia dihati xsiape yg tahu...kalau rindu aku, walau dimane kita berada kita melihat bulan yang sama...

Tuesday, July 13, 2010

puisi dari sebuah novel


Serigala

Kaukah yang mengapung rinduku
dan memanah jantungku dengan
sekilas matamu yang berbisa ular
langit katamu langit kataku
bukankah cinta yang mengapung
antara kenyataan dan kepalsuan
kau menyalakan bintang-bintang
di langit gelap saat bulan mati
dan udara menjadi racun hitam
cinta apakah yang kau nyalakan
sehingga tubuhku menjadi serigala
yang merindui bau darah pada setiap
bulan purnama jatuh di puncak nafasmu
kau sekuntum tulip dan aku serigala
yang melapah seluruh rasa cinta
yang membakar di dalam dadamu
dalam dadaku lebur mengabu ke langit
kau sekuntum tulip yang terlempar
dari perbukitan resah desah nafas purba
cinta yang mengapung pada segenap udara
yang menghantar racun dan bisa maut
dan aku serigala yang berlari
di segenap gunung dan lembah
menghidu bau cinta yang gugur
dari segenap tulip putih yang menulis
namamu; dari racun dan bisa dunia purba
cinta yang terlempar ke bumi
kau cinta yang mengapung
di dadaku saat taring serigalaku
membenam ke lurah jantungmu

S.M. Zakir

mencari 'akuku' ...??


assalamualaikum!! knock knock knock ade org x?? hehehe,sori kacau sy sebenarnya..malas nk tulis kat blog so sy ambik jln pintas untuk copy dari blog org kali ni sy copy dari seorang penulis tajuk ia agak pelik tapi penuh maksud kata2 nya pon best gak! kepada penulis blog tu, maaf kerna mengcopy ye.. sy copy pon sebab nk kongsi ilmu yea!


MENCARI AKUKU

Sebaris ayat kurenung
kun faya kun
dari setitis mani ayah bonda
rohku mendegup
darahku menyelinap
ke kalbu

seusia ini aku mencari akuku
antara baris pengalaman dan garis waktu
yang berselerakan bak akar mencengkam
antara serabut dan tunjang
memokah dalam sepi dan sunyi
saat mengejar selapis abadi
yang terbit
dari akad pernikahan.

Aku mencari asal akuku
dalam jubah cahaya-Mu

aku mencari abadi akuku
dalam mujahadah iman-Mu
tapi yang kutemui
hanya segenggam tanah
berbekas tak bernama
di hujung kalam-Mu.
Mencari akuku
dalam diri-Mu
yang kutemui hanya
segenggam tanah
coklat dan menghitam.

Shamsudin Othman
Madrasah Sham al-Johori.

Saturday, July 10, 2010

My Mom Is Amazing

insan itu sentisa mengetuk!


bla
insan itu b'suara kta jarang nk dgr,adakala rsa bsan,bsing je,xpnat ke
ckp?tp bla insan 2 mla diam,jd plak tnda tnya dan p'soalan,plik n
sunyinye??t'nyata hakikatnya kta rndu dgan kerenahnya,rndu dgn gurau n
gelak tawanya,oleh itu sblum insan tu diam buat selamanya,jdykanlah ia
...kenangan dlm hati kita,agar disaat k'hilangannya msih ada kata2 dri dia
yg kta simpan untuk slamanya.

Tuesday, July 6, 2010

menjadi yg terbaik


assalamualaikum!
minggu dan bulan ini sy agak busy sebab:
-sy..buat latihan untuk memantapkan kefahaman
-sy..ade kelas tambahan, seminggu sekali
-sy..ulang kaji pelajaran @ buat homework

hohoho..that's only..
skrg ,kat sklh ..balik pkl 1.30 ptg
awl sikit..

mulai sekarang..??-
-sy..akan buat 3 paper sehari
-sy..akan ulangkaji banyok
-sy..sentiasa menyiapkan homework
-sy..sentiasa berdoa pada AllAH
-sy..sentiasa mendengar suruhan ibu bapa
-sy..akan berusaha menjadi yg terbaik dari yang terbaik
-sy..akan mendapat keputusan no.1

'eh, bayk nyaa..boleh ke saya buat???'
itu persoalan yg sering bermain di benak fikiran sy..
'insya-allah, sy akn tunaikan semua
itu kata2 yg sering diungkap di bibir sy..

persoalan nya..
what should i do?
persoalan yg mempunyai pelbagai jawapan
dari seorang yg berbeza


now, i have vision ..
my vision is
"never give up"
i hope i can be a human that never give up
because..never give up is not me


okey..dh abis speaking..skrg nk ckp bhs ibunda lak..
hehehe..tetiba je ade mood nk speaking!

okey..lah
bye..wasalam

Friday, July 2, 2010

keputusan ku.. :`(


assalamualaikum..ade org tak??

hehee..ape kena dgn sy nih???...???
Ya Allah, bantulah hamba mu yg stress ini!
amin...amin...amin...amin...amin...

sebenarnya, kali ini sy nk beritahu result sy..
aduh, malu lak nk cerita! i'm so shame..
sebab keputusan tak begitu membanggakan!

oklah, dengan jujur sy akn beritahu keputusan ..
i got number..oh!
two @ 2
yea, alhamdulillah!

walaupun tak dpt nombor satu,
sy tetap bersyukur..
mulai saat ,detik, jam, hari, minggu,bulan, tahun, abad dan DLL
sy akan berusaha untuk mendapat tempat pertama.
insya-allah, amin ya rabbul alamin

ermm..sy nk beritahu jugak tmpt pertama -sepuluh
dalam kelas sy..
kalu ade kawan2 sy baca, jgn marah sebab sy tulis keputusan korang..
heheehe..i'm just kindding okey! don't angry..

1-Alia Shabani
2-Nadhirah humaira' (me)
3-Mohd. Nabil
4-Siti Nur Hakimah Az-Zarah
5-Zakiah Molkan
6-Amiruddin
7-Ainul insyirah
8- Afiq Irfan
9- Mohd. Luqman
10-Nur Zakirah

only it, yea! hmm..=(

okey eh, bye
tunggu entri selanjutnya dri dira maira=))))

Thursday, June 17, 2010

masa..??

assalamualaikum!

tik tok tik tok...
skrg tinggal beberape hari lagi nak sekolah balik! tak sabar rasanyerr.. :)

-semua kerja sekolah dah beres
-buku novel tinggal sebuah lagi nak dihabiskan
-jalan2 dah pergi
-tolong ibubapa pon dah

lagi pe eh?? nanti lah pikir..

ok, dalam entri kali ini dah tak de ape2 nak diceritakan!
cuma nak melepaskan sedikit tekanan
tekanan?? kecik2 dah ade tekanan, papelah sy nih

okey, sy rasa masa berlalu hingga cepat..
dan hampir meninggalkan sy..
kenape eh?? sy pon tak tahu, hahhaha

kadang2, kalau kita sukakan sesuatu, kita rasa masa ini begitu cepat berlalu
kadang2, kalau kita tidak sukakan sesuatu , kita rasa masa begitu lambat berlalu

sy pon pelik mendengarnyerr..tapi ianya kenyataan dan sy pernah mengalaminya :(

kita merasa ,masa begitu cepat berlalu kerana kita lebih memanfaatkan sesuatu itu
kita merasa, masa begitu lambat berlalu kerana kita tidak begitu menghargainya

begitulah kesimpulanya..

dan sy berharap kawan2 lebih menghargai masa itu kerana masa itu emas..
emas nilainya amat berharga begitu juga dgn masa

orang yg inginkan kejayaan dia merasa ,masa begitu cepat belalu
manakala..
orang yg malas berusaha dia merasa, masa begitu lambat berlalu

oleh sebab itu, marilah kita bersama menghargai masa itu!

bye..good luck..wasalam

Wednesday, June 16, 2010

makan ikan bakar


ASSALAMUALAIKUM

okey,kali ini nak cerita yang ketiga pula berkenan ke Mumbai (ejaan x betol tuh)
sebenarnya bkn Mubai di India, tapi di Melaka..hehehe, tempat ikan bakar THE BEST

syok sgt pergi sane!.
nak pergi sana jauh sgt, dari rumah sy lah.
mula2 masuk kena bayar tambang RM1 je..

lepas itu, terus pilih gerai yang berkenan di hati.
dah jumpa terus order makanan.
dan nama kedai ..tak igt lah (pelupa lak)

kat sane boleh je pilih nak ikan mane, hidangan pon same
semua ikan kat sana 'fresh sangat'
keluarga saya pilih lauk-

-ikan bakar
-sotong celup tepong
-udang bata
-sayur bayam

best sangat, kitorang makan puas2

dah kenyang, sy pujuk keluarga sy beli cenderahati kat sini
hehehehe, akhirnya berjaya juga ..yeah!

kitorang beli kuih2 yg tak pernah makan.
sy nak beli keychain tapi tak ade berkenan di hati..
huhuhuuhuhhuhuhuhuhu..sob2
tapi takpelah beli kuih pun best jugakkan

dah beli barang cederahati, terus lah pulang..

oklah setakat ini sahaja cerita kali ini, bye
~wasalam~

Monday, June 14, 2010

pergi KL

assalamualaikum, kawan2!

harituh kita cerita berkenaan kem motivasi skrg nak cerita tentang aktiviti melancong kedua pula
di KUALA LUMPUR.walaupun dah bebrape kali pergi tapi saya tetap seronok..

pada 10/6 kami bertolak pergi ke Kuala Lumpur.perjalan kira2 2 jam..

setelah sampai kami terus check in kat Hotel Darby Park.
lalu kami masuk bilik,nombor 1104,kami terus mandi dan solat jama'

dan bertolak ke kedai makan.kami makan kat kedai mamak..
sy order nasi goreng planta..agak pedas!

pastu pergi Dewan Sivik, sebab nak tgk PALESTINE ,MALAYSIAN ARE WITH YOU
ade ustaz Hasanuddin beri ceramah.dia cerita sewaktu dia di kapal Mavi Marmara

dalam pkl 11.30 kami bertolak pulang ke hotel.
sampai di hotel terus tidur..zzzzzzz

pagi tuh kitorang bangun solat subuh.
mak dan abg saya makan kat cafe hotel manakala sy dan abg dan ayh makn nasi lemak kerang

selepas itu kami berehat2 kat hotel
baca buku,tidur, tengok tv, main komputer dan makan

pada tengahari pulak kami solat jama'dan pergi ke KLCC .
sy ,mak ,abg dan abg pergi makan kat kedai di KLCC

selepas itu kitorang pergi ke KINOKUNIYA ,kedai buku!
sy beli enam novel antaranyyer:
1-IMPIAN MIRA
2-SIAPA LEBIH POPULAR?
2-PUTERA IMPIAN
4-DIARI SI RATU AIR MATA
5-REMAJA @ PTS ONE
6-COKLAT ATAUPUN STRABERI

hehehehe,byk kan!
pastu pergi beli skjp makanan ringan dan minuman

dah penat berjalan kitorang balik lah ke hotel!
balik,baca buku dan tengok tv sambil makan2

malam pula kami solat jama'dan makan kat kedai arab, dah tak ingt lah name ape??
nak tahu tak berape harga kitorang makn- RM100.ish22

kitorang balik hotel dan zzzzzzz...

hari terakhir..
bangun pagi, giliran sy dan ayh sy pula mkn di hotel..
mak ,abg,dan abg sy makn kat kedai mamak!

kami sekeluarga bertolak ke Bukit Jelutong melawat keluarga sy..
jadi kami makan tengahari dan solat kat sana..:)

dan kami semua bertolak pulang ke rumah dengan HAPPY!

setakat ini sahaja tunggu ye entri selanjutnye.

wasalam.

p\s-tak de photo

sambungan kem Motiv@s!

salam..

nih sambungan cerita arituh..

dlm pkl 4 pagi, kami bangun dan mandi!
walaupun masih mengantuk kitorang bangun jugak.
lepas 4.30 ,kitorang pergi surau sebab ade qiamulail dan solat subuh

selepas solat subuh dan qiamulail kami diberi sedikit ceramah oleh imam solat subuh dan qiamulail
masa tuh kitorang mengantuk sesangat..tapi ustaz ckp kalu tidor lepas subuh mewarisi kepapaan
so, kitorang terpaksalah tahan mengantuk

pkl7 pagi, kitorang mkn pagi
lepas mkn kami diberi rehat hingga pkl 7.30..

pastuh, group A masuk kelas
kali ini subject Bahasa Inggeris
ustaz Khairuddin ajar..
dan kami diberi kerja sekolah. huhuhu2

lepas belajar kitorang dibenarkan makan tengahari
nak tahu tak makan ape?? jeng22 makan nasi ayam
best punya!!

setelah makan kami pon pulang pukul 12 tengahari..
sangat penat masatuh.
nak tahu tak ?masa dalam kereta waktu nak balik kerumah sy tidur je..
heheheh, sebab mengantuk sesangat

tapi sepenat2 nyerr.. banyak ilmu yg kitorang dapat!
yeah!!! alhamdulillah!!!

oklah setakat ini sahaja cerita sy

THE END!!!

BUBYE,WASALAM <3

Kem Motiv@s!

salam!!!!

pada 7/6/10 ,sklh sy ade buat kem motivasi kat sekolah..
so, sy nak cerita lah sikit.sikit je tak banyak .keh55

begini...


mula2 sy datang, kami kena lah daftar dahulu.
ade 3 group,iaitu..kumpulan A, B dan C
dan sy ditempatkan kumpulanA, seramai 9 org.
Ahli- ahlinyer..
1-Alia
2-Nadhirah Humaira' (sy)
3-Zakiah
4-Nur Zakirah
5-Siti Nur Hakimah
6-Amiruddin
7-Muhd Luqman
8-Muhd Nabil
9-Afiq Irfan

tapi 2 org tak dtg.sorang perempuan sorang lelaki..
lepas daftar kitorang terus masuk kelas.
setiap kumpulan ,kelas berbeza.
kumpulan sy subject Matematik.

hapir 1 jam, kitorang belajar..
kita pon rehat pagi lah..
tak ingat dah pukul berape.:0

lepas tuh sambung balik belajar.
belajar subject Bahasa Melayu
kitorang kena buat kertas 2
tapi bahagian A dan C je..
karangan x payah buat..yeah!!

dalam 1 jam jugak
kitorang makan tengahari
walaupun masih kenyang kitorang makn lagi
hehehehehe ^_^
setelah sudah kenyang kita dibenarkan rehat..
yeah, jadi kitorang tidur, borak, makan!
tapi kami dibenarkan rehat 30 minit je..sob2

pkl 2.00 ptg kami solat zohor. diimankan ..tak ingt lah
pastuh sambung balik belajar..
kali ini subject Sains...mak sy ajar,,hehehehe

kali ini mase riadah..mula2 macam nak hujan tapi alhamdullilah tak..
kitorang main bola jew.
pastuh makan petang.
makan kerepek dan minum teh...sedap $_$

pkl 6, kami..balik asrama untuk mandi
lepas mandi terus je solat maghrib dan makan malam
makan selesai , kami diberi ceramah oleh ustaz sekolah menengah
dalam 8.30 , kami solat Isha' berjemaah

pastuh ada tayangan!
cerita cina..boring
jadi semua budak perempuan ckp diorang nak balik asrama.
kebetulan, sebelum semua bdk prmpn pergi...ade sorang mak budak lelaki bagi pulut..

selepas semua (bdk pompuan) kumpul kat asrama
kitorang makan sambil berborak2
seronok!!
dalam pkl 10 mlm, kitorang tidur lah, walaupun tak mengantuk..
lagipun ustazah dah marah!!

oklah..lain kali sy sambung lagi cite nih
wasaalam

Saturday, June 5, 2010

Selamat b3rcuti3





salam...
selamat bercuti buat kawan2 semua.*_*
semoga sentiasa happy go lucky yea
manfaatkan cuti sekolah ini dengan aktiviti yg berfaedah dan munafaat

kalau cerita tentang cuti..sy nak buat ape ye???
oh,baru ingat cuti kali ini ada kem motivasi kat sekolah!!
kem tuh selama 2 hari ..tak cabar lak $_$

aktiviti ape lagi yea kita boleh lakukan???

1-membaca (itu mmg pasti & tak leh lupa)
2-jalan2 (nak pergi mana ye??)
3-ulangkaji pelajaran (huhuhu..malas lak. ish teroknyerr perangai)
4-main komputer (yeyeye)
5-tolong ibubapa (hahha,kene rajin2 siket)

oklah setakat ini je entri kali ini...
dan selamat holiday (peliknyerr perkataan)

wasala,m

Saturday, May 29, 2010

sahabat sejati buat kita




Salam *

kali ini nak cerita mengenai sahabat.nak tahu mengapa?? bacalah yg seterusnya..

"sahabat" mesti semua orang kenal perkataan itu.
Asal sahabat adalah dari "kawan"
tanpa kawan mungkin kita tidak mengenali perkataan sebenar "sahabat"

sahabat yang sejati asalnya dari hati yang ikhlas dan baik.
tanpa hati yang ikhlas mungkin tidak terlahirlah sahabat sejati..

menjadi sahabat yang baik tidak lah susah cuma memerlukan sedikit pengorbanan..
salahkah kalau kita berkorban sedikit untuk menjadi sahabat sejati???
cuma ianya bergatung pada diri anda!
cubalah untuk menjadi sahabat yang sejati kerana sahabat adalah teman kita didunia dan diakhirat..

wasalam.....$$$

Friday, May 28, 2010

pendam sifat marah itu

assalamualaikum.

pasti semua org akan ada sifat marah. macam sy jugak.

org cakap" jgn marah nanti cepat tua "
org cakap "marah itu perangai syaitan"
saidina Ali cakap " sifat pemarah itu musuh akal"

begitulah logiknya. tapi x semua boleh kawal emosi. dan ade juga yg sensitif..

sebenarnya Allah suka org yg menahan rasa marah dan akan memnuhi hatinya dgn iman.
tidakkah bertuah org yg suka menahan rasa marahnya???

oleh itu marilah kita bersihkan hati kita dgn menahan rasa marah yg terpendam

wasalam.


susahke mengucap salm




salam

comey x? hahahaha,mestilah comey dan cute nama pon budak22
sebenarya sy bukan nak cite pasal baby tu tapi pasal budaya memberi salam.

saya lihat ramai org kurang memberi salam. padahal mengucap salam tu senang je, cuma sebut
ASSALAMUALAIKUM susah ke ???

kalau org tuh memberi salam jawablah WAALAIKUMUSSALAM kerana menjawab salam tu wajib.
kalu malas sangat nak jawab slam dgn mulut, sebut je dalam hati.

maksud memberi salam ialah SALAM SEJAHTERA KE ATAS KAMU ia juga sebagai doakan!
kita mendoakan kesejahteraan org lain, bukankah itu perkara yg baik.

maksud menjawab salam ialah SALAM SEJAHTERA KE ATAS KAMU JUGA .susahke nak jawab? ianya mudah je kan.

sekian dahulu,
wasalam ....zzzz

kebaikan & kejahatan

assalamualaikum **

entri kali agak berbeza tapi betul @ benar, kerana semua prnh mengalaminya.

kadang2 org membuat kebaikan disalah anggap
kadang2 org membuat kebaikan dipuji dan dihormati
kadang2 org membuat kejahatan dikata baik
kadang2 org membuat kejahatan dikeji @ dihina

begitulah rialiti nya ada kebaikan dan kejahatan
kita hanya melihat seseorang dari luarnya,
tapi dalamnya...tiada siapa yg mengetahuinya melainkan [Allah]



Thursday, May 27, 2010

...nothing

assalamualaikum (pembuka bicara)

-good morning (english)
-selamat pagi (malay)
-sabahal khair (arabian)
-zao un (china)
-ohayo (jepun)
-guten morgen(german)
-xrun swasdi (thai)
-goeie more (afrika)

dan lain2 lagi.
hahaha, amacam pernah dgr x percakapan tuh. semuanya dari luar negara kecuali Malaysia tau.
sebanarnya ada byk lagi , tapi malas laa nk tulis. buat lengoh jew..
dlm entri kali ini , sy x nak cerita apa2 pon. cuma nak tulis saje2 (jgn tiru perangai burok ni)

rindunya kat kawan2 al-amin, terutama thn 6 usamah (banat)
i miss you all @ i love you all DLL
mesti korang semua tgh berperang dgn peperiksaan kali ini kan33
sy doakan korang dpt keputusan cemerlang dlm exam kali ini
hasanah, athirah dan nailah ,macamanelaa khabar you all eh?? sihat x??

boleh tak kawan2 bagi tip percuma untuk memujuk kawan kite eh??
dah buntu nih, nak cari kat mane. pleaz!!!
kalau tahu boleh laa kita kongsi.

bye, setakat ini dahulu.
wasalam

merdKA DAri ujian petengahan thn nieh!!

assalamualaikum.

happy sesangat, kawan2 nak tahu x knp?? mesti nak tahu kan22..
hehehe, sebenarnya....jeng jeng jeng.
oklah sebanarnya, sy dah merdeka dari peperiksaan pertengahan tahun.
hahhahaha, tu je laa...( tgh buat muka selamba )

sekarang nieh cuma tunggu keputusan, samada lulus @ cukup2 makan @ GAGAL
huhuhuuhuhhuhuuhuuhu, stress laa pulak

doakan sy eh supaya daapat semua lulus, aminn..
ya Allah kabulkan doa hamba mu ini!!!


ermm... dah kering lak idea nak tulis dlm entri ni ####
baiklah. sy nak ucap semoga berjaya dalam peperiksaan !!!!

wasalam

Friday, May 21, 2010

adab pelajar t3rhadap 'GURU'

salam!!!

sy ada baca satu artikel, ianya tentang 'adab pelajar terhadap guru'.
memandangkan sekarang ramai pelajar yg tidak tahu beradab pada guru2, jadi saya nak kongsi laa ilmu pada kawan2.saya harap kawan2 dapat melakukannya pada guru2 kita, kerana dialah yg memberi ilmu pada kita,mendidik kita sejak kecil lagi dan menyayangi kita.

1-Hormati guru
-jgn sombong pada mereka.

2-bersopan-santun
-sentiasa bersopan dan merendah diri.
-bersifat tawaduk pada guru.

3-sedia beri kejersama dan bantuan
-sentiasa bersedia memberi pertolongan pada guru.
-menolong guru ketika dia susah.

4-sabar
-jika guru menegur @ menasihati kita sentiasalah bersabar dan menerimanya dengan lapang dada.
-org yg sabar lebih byk mendapat ilmu dari org yg tidak sabar.

5-cari masa sesuai
-misalnya, kita tidak memahami sesuatu soalan.seeloknya angkatlaa tangan jika diberi keizinan.
-sebaiknya kita bertanya pada guru jika dia tidak sibuk atau lapang.

6-bercakap dengan baik
-gunalah bahasa yg baik jika bercakap dgn guru.
-jagn meninggikan suara.panggil guru dengan panggilan yg baik.

7-tahu hak guru
-meluapakan jasa guru.
-sentiasalah berdoa pada guru.

setakat disini sahaja.
wasalam

peperiksaan dah dekat

salam.
peperiksaan dah dekat pada 24hb mei 2010. takuttnya, semoga sy dapat jwb soalan dgn baik aminn....sy nak mintak maaf kalau buat salah,mohon dimaafkan. nie periksa pertengahan tahun 2010, jadi kenew buat molek2 semoga dapat no. 1/2/3.insya-allah.nieh pon tgh berusaha..

bagi kawan2 yg amik periksa juga, sy doakan juga dapat keputusan yg menggembirakan.



Monday, May 17, 2010

H@r! GuRU####

assalamualaikum...

sy nak ucap selamat Hari Guru, pada semua guru.Hari ini sklh sy menyambut Hari guru.Sy juga bagi hadiah dkt guru2 yang telah mendidik sy sejak kecil lagi.Banyak pertandingan yang dilakukan antaranya membuat sajak @ pantun, kad kreatif dan tukar-tukar hadiah.Saya cuma masuk pertandingan membuat sajak @ pantun dan akhirnya dapat tempat pertama ,syukurlaa...
Sebenarnya sy buat2 biasa-biasa je, tak tahu pulak menang.hehehehe, sukanya!!!!
Kenyang sgt tadi sebab makan banyak, penuh rasa perut nie $$$
Oklah setakat nie je post saya, kalau ada cerita baru nanti saya bagitahu ye.

wassalam...

Thursday, May 13, 2010

SELAMAT#hari ^_^ IBU>>>

assalamualaikum

saya nak ucap selamt hari ibu buat my lovely mom,Mazlina bt Abu Bakar.
hanya ucapan dan ciuman yg mampu diberikan buat ummiku tercinta.
saya nak ucap terima kasih bebanyak buat ummi kerana melahirkan saya dibumi ini.
tanpa ummi tentu sy tidak dilahirkan.
kasih sayang ummi tiada tandingan dgn apa yang ada didunia ini.
Jasamu kukenang hingga akhir hayatku...


engkaulah ratu hatiku.
kala ku berduka engkaulah yang sentiasa memujukku,
kala ku gembira engkaulah yang sentiasa memelukku,
kala ku kecewa enkaulah yang sentiasa memberi dorongan padaku,
kala ku berjaya engkaulah yang sentisa menciumku,


kau tidak inginkan wang dan harta...
tapi kau inginkan kejayaanku
bertapa kau insan yang mulia di dunia ini
..............

setakat tu jelaa ye, dan yang penting jasa ibu tiada tandingan!!!!!

wasalam.........

Saturday, May 8, 2010

jln2

assalamualaikum kawan-kawan...

'seronok' itulah perkataan yg saya mahu katakan. Sebenarnya yg seronok nya ialah dapat jalan2 ngan keluarga.mula2 kami ke Melaka Internasional Bowling Centre.
saya tak main boling sebab tak pandai .hihihi...kami main 4 org je iaitu ummi,walid,along dan faris.
pusingan pertama ayah saya juara ,kedua along,ketiga ummi (SEBENARNYA TAK MAIN PON,CUMA NAMA JE),keempat faris.
pusingan akhir ayah saya mengekalkan kedudukan pertama begitu juga dgn along ditangga kedua,
ketiga faris dan terakhir barulah ummi.
sekarang ni kan baru saya tahu bola boling 2 ade yang ringan, sederhana,berat dan DLL.
malu pulak rasanya sebab baru tahu.hahaa!

perjalan seterusnya kami ke Masjid A'lami. untuk Solat Maghrib.

lepas habis je solat kami terus makan...di RESTORAN NAIMAN.Kami sepakat untuk makan Nasi Goreng Naiman(fuh,kecur air liur)
apa yg best sangat dia letak udang celup tepung,telur mata kerbau dan nasi goreng laa.
kami makan berselara hingga habis.

lepas semua dah selesai kami pulang ke rumah laa untuk berehat.

ok setakat tu je,
WASSALAM

Wednesday, May 5, 2010

uPSR MENANTI

salam!

peperiksaan besar dh dekat "UPSR".berdebar lak rasanya .mesti raya nanti tak syok sebab periksa lepas raya ,tapi tak pelAH....
nie pon demi masa depan saya.
"kejayaan tidak boleh dicapai tanpa usaha" insya-allah saya akan usaha semampu yang boleh agar mencampai impian saya.
"bersusah -susah dahulu, bersenang-senang kemudian"pepatah yang boleh digunakan buat masa sekarang ...........
huh!(EH,TAK BAIK MENGELUH)

WASALAM.

Thursday, April 15, 2010

menyepi kerana masalah

salam....
pertama nak cakap adalah.... saya nak mintak maaf kerana tak dapat nak update blog yang baru sejak kebelakangan ni sebab:

1-busy..kerja sekolah menimbun
2-kelas tambbahan dah start
3-streamyx x dapat lagi sebab saya duduk kat kawasan perumahan baru

tuje sebab kenapa saya tak bukaak.hari khamis semalam adalah hari melaka sejarah.jadi sekolah kami cuti laa.saya pon cuti sampai hari ahad sebab nenek saya sakit muntah2 dan masuk hospital .saya sekeluarga lawat laaa nenek kami yg sakit kat terengganu.jadi saya ponteng laa sklh hari jumaat dan kelas tambahan hari sabtu.tapi kira oklaa tuh.hmmm...
setakat ni jelah cerita saya kali nie...
sampai jumpa lagi.............
wasalam

Thursday, March 11, 2010

happy birthday!!!!!!

happyy??????????sebab semalam hari jadi saaya pada 10 mac 2010.dan kebetulan jugak masa arituh hari sukan.biarlah penat tapi happy ,lupa plak nak bagi salam kat kawan oklah.
assalamualaikum kawan-kawan semua,harap sihat je...
oklah berbalik dari cerita di atas,
saya happy sangat sebab kawan al-amin masih ingat lagi befday saya.hapyy..yahoo.syukur.
orang yang mula2 ucap ialah kamilia,umi,walid(ayah lah),dan karimah
yang lain tak tahulah ,diorang tak ucap pon.
masa mula2 datang sklh tak de orang pon ingat hari jadiku ,sedih jugaklah
x de pon kawan2 yang ingat.
masa waktu rehat umi ajak saya masuk dalam kelas dan ajak rakan sekelas perempuan untuk rai befday saya.makan kek coklat dan air berkarbonat oren dan anggur dari produk HPA
gembira sangat masa tuh..tersentuh
umi cakap masa along(nabil) dan faris balik kerumah ,walid nak ajak ke tempat makan yaang saya suka,mungkin saya nak makan antara restoran Naiman @ RFC tapi entahlaa
............
oklah saya nak ucapkan selamat bergembira

wasalam.....

Saturday, March 6, 2010

10 tip pengurusan masa yang berkesan?

assalamualaikum.......

sebagai pelajar kita perlu bijak mengurus masa antara belajar dan aktiviti yg berfaedah.
belajar x perlulah terlalu sampai 24 jam mengulang kaji pelajaran .pernah x dengar pepatah inggeris ade mengatakan 'STUDY SMART NOT STUDY HARD' maksudnya belajar tak perlu terlalu keras tapi belajarlah dengan bijak. kali nieh saya nak berikan tip pengurusan masa yg berkesan..

1-buat perancangan
-lakukan perancangan aktiviti harian

2-waktu ulangkaji
-pastikan waktu mengulangkaji anda lebih dari 3 jam sehari

3-tumpukan perhatian
-beri tumpuan ketika melakukan sesuatu atau tumpuan ketika belajar

4-ambilah waktu rehat
-belajar dlm tempoh yg lama tanpa rehat bukanlah penggunaan waktu yg efektif

5-jauhkan susana berkecamuk
-sentiasa memastikan tempat belajar sentiasa berkemas untuk menghilangkan rasa berkecamuk.

6-jangan takut mengatakan tidak
-belajar menolak dgn menggunakan kebijaksanaan tetapi tegas terhadap setiap permintaan yg tidak menujang pencapaian sasaran anda

7-jangan tangguhkan kerja
-penangguhan kerja pada umumnya merupakan kebiasaan yg sudah berakar umbi

8-pelbagaikan aktiviti belajar
-dlm sesi belajar,pelbagaikan aktiviti belajar anda supaya anda tidak berasa bosan atau jemu

9-lakukan 'postmortem'
-jika anda membuang waktu dlm kegiatan yg membuatkan anda bosan,alihkan perhatian daripadanya kerana ia mensia-siakan tenaga anda.

10-jangan 'perfectionist'(menjadikan dirinya sempurna)
-ada perbezaan yg besar antara berusaha mendapat hasil yg baik dan bermati-matian mengejar kesempurnaan.

tulah serba sedikit ilmu yang saya ketahui jika ada masa lagi akan saya konsikan ilmu yang lain pulak.

wasalam..
-