4 all

ada pelawat ke ..

sing song

Thursday, June 17, 2010

masa..??

assalamualaikum!

tik tok tik tok...
skrg tinggal beberape hari lagi nak sekolah balik! tak sabar rasanyerr.. :)

-semua kerja sekolah dah beres
-buku novel tinggal sebuah lagi nak dihabiskan
-jalan2 dah pergi
-tolong ibubapa pon dah

lagi pe eh?? nanti lah pikir..

ok, dalam entri kali ini dah tak de ape2 nak diceritakan!
cuma nak melepaskan sedikit tekanan
tekanan?? kecik2 dah ade tekanan, papelah sy nih

okey, sy rasa masa berlalu hingga cepat..
dan hampir meninggalkan sy..
kenape eh?? sy pon tak tahu, hahhaha

kadang2, kalau kita sukakan sesuatu, kita rasa masa ini begitu cepat berlalu
kadang2, kalau kita tidak sukakan sesuatu , kita rasa masa begitu lambat berlalu

sy pon pelik mendengarnyerr..tapi ianya kenyataan dan sy pernah mengalaminya :(

kita merasa ,masa begitu cepat berlalu kerana kita lebih memanfaatkan sesuatu itu
kita merasa, masa begitu lambat berlalu kerana kita tidak begitu menghargainya

begitulah kesimpulanya..

dan sy berharap kawan2 lebih menghargai masa itu kerana masa itu emas..
emas nilainya amat berharga begitu juga dgn masa

orang yg inginkan kejayaan dia merasa ,masa begitu cepat belalu
manakala..
orang yg malas berusaha dia merasa, masa begitu lambat berlalu

oleh sebab itu, marilah kita bersama menghargai masa itu!

bye..good luck..wasalam

Wednesday, June 16, 2010

makan ikan bakar


ASSALAMUALAIKUM

okey,kali ini nak cerita yang ketiga pula berkenan ke Mumbai (ejaan x betol tuh)
sebenarnya bkn Mubai di India, tapi di Melaka..hehehe, tempat ikan bakar THE BEST

syok sgt pergi sane!.
nak pergi sana jauh sgt, dari rumah sy lah.
mula2 masuk kena bayar tambang RM1 je..

lepas itu, terus pilih gerai yang berkenan di hati.
dah jumpa terus order makanan.
dan nama kedai ..tak igt lah (pelupa lak)

kat sane boleh je pilih nak ikan mane, hidangan pon same
semua ikan kat sana 'fresh sangat'
keluarga saya pilih lauk-

-ikan bakar
-sotong celup tepong
-udang bata
-sayur bayam

best sangat, kitorang makan puas2

dah kenyang, sy pujuk keluarga sy beli cenderahati kat sini
hehehehe, akhirnya berjaya juga ..yeah!

kitorang beli kuih2 yg tak pernah makan.
sy nak beli keychain tapi tak ade berkenan di hati..
huhuhuuhuhhuhuhuhuhu..sob2
tapi takpelah beli kuih pun best jugakkan

dah beli barang cederahati, terus lah pulang..

oklah setakat ini sahaja cerita kali ini, bye
~wasalam~

Monday, June 14, 2010

pergi KL

assalamualaikum, kawan2!

harituh kita cerita berkenaan kem motivasi skrg nak cerita tentang aktiviti melancong kedua pula
di KUALA LUMPUR.walaupun dah bebrape kali pergi tapi saya tetap seronok..

pada 10/6 kami bertolak pergi ke Kuala Lumpur.perjalan kira2 2 jam..

setelah sampai kami terus check in kat Hotel Darby Park.
lalu kami masuk bilik,nombor 1104,kami terus mandi dan solat jama'

dan bertolak ke kedai makan.kami makan kat kedai mamak..
sy order nasi goreng planta..agak pedas!

pastu pergi Dewan Sivik, sebab nak tgk PALESTINE ,MALAYSIAN ARE WITH YOU
ade ustaz Hasanuddin beri ceramah.dia cerita sewaktu dia di kapal Mavi Marmara

dalam pkl 11.30 kami bertolak pulang ke hotel.
sampai di hotel terus tidur..zzzzzzz

pagi tuh kitorang bangun solat subuh.
mak dan abg saya makan kat cafe hotel manakala sy dan abg dan ayh makn nasi lemak kerang

selepas itu kami berehat2 kat hotel
baca buku,tidur, tengok tv, main komputer dan makan

pada tengahari pulak kami solat jama'dan pergi ke KLCC .
sy ,mak ,abg dan abg pergi makan kat kedai di KLCC

selepas itu kitorang pergi ke KINOKUNIYA ,kedai buku!
sy beli enam novel antaranyyer:
1-IMPIAN MIRA
2-SIAPA LEBIH POPULAR?
2-PUTERA IMPIAN
4-DIARI SI RATU AIR MATA
5-REMAJA @ PTS ONE
6-COKLAT ATAUPUN STRABERI

hehehehe,byk kan!
pastu pergi beli skjp makanan ringan dan minuman

dah penat berjalan kitorang balik lah ke hotel!
balik,baca buku dan tengok tv sambil makan2

malam pula kami solat jama'dan makan kat kedai arab, dah tak ingt lah name ape??
nak tahu tak berape harga kitorang makn- RM100.ish22

kitorang balik hotel dan zzzzzzz...

hari terakhir..
bangun pagi, giliran sy dan ayh sy pula mkn di hotel..
mak ,abg,dan abg sy makn kat kedai mamak!

kami sekeluarga bertolak ke Bukit Jelutong melawat keluarga sy..
jadi kami makan tengahari dan solat kat sana..:)

dan kami semua bertolak pulang ke rumah dengan HAPPY!

setakat ini sahaja tunggu ye entri selanjutnye.

wasalam.

p\s-tak de photo

sambungan kem Motiv@s!

salam..

nih sambungan cerita arituh..

dlm pkl 4 pagi, kami bangun dan mandi!
walaupun masih mengantuk kitorang bangun jugak.
lepas 4.30 ,kitorang pergi surau sebab ade qiamulail dan solat subuh

selepas solat subuh dan qiamulail kami diberi sedikit ceramah oleh imam solat subuh dan qiamulail
masa tuh kitorang mengantuk sesangat..tapi ustaz ckp kalu tidor lepas subuh mewarisi kepapaan
so, kitorang terpaksalah tahan mengantuk

pkl7 pagi, kitorang mkn pagi
lepas mkn kami diberi rehat hingga pkl 7.30..

pastuh, group A masuk kelas
kali ini subject Bahasa Inggeris
ustaz Khairuddin ajar..
dan kami diberi kerja sekolah. huhuhu2

lepas belajar kitorang dibenarkan makan tengahari
nak tahu tak makan ape?? jeng22 makan nasi ayam
best punya!!

setelah makan kami pon pulang pukul 12 tengahari..
sangat penat masatuh.
nak tahu tak ?masa dalam kereta waktu nak balik kerumah sy tidur je..
heheheh, sebab mengantuk sesangat

tapi sepenat2 nyerr.. banyak ilmu yg kitorang dapat!
yeah!!! alhamdulillah!!!

oklah setakat ini sahaja cerita sy

THE END!!!

BUBYE,WASALAM <3

Kem Motiv@s!

salam!!!!

pada 7/6/10 ,sklh sy ade buat kem motivasi kat sekolah..
so, sy nak cerita lah sikit.sikit je tak banyak .keh55

begini...


mula2 sy datang, kami kena lah daftar dahulu.
ade 3 group,iaitu..kumpulan A, B dan C
dan sy ditempatkan kumpulanA, seramai 9 org.
Ahli- ahlinyer..
1-Alia
2-Nadhirah Humaira' (sy)
3-Zakiah
4-Nur Zakirah
5-Siti Nur Hakimah
6-Amiruddin
7-Muhd Luqman
8-Muhd Nabil
9-Afiq Irfan

tapi 2 org tak dtg.sorang perempuan sorang lelaki..
lepas daftar kitorang terus masuk kelas.
setiap kumpulan ,kelas berbeza.
kumpulan sy subject Matematik.

hapir 1 jam, kitorang belajar..
kita pon rehat pagi lah..
tak ingat dah pukul berape.:0

lepas tuh sambung balik belajar.
belajar subject Bahasa Melayu
kitorang kena buat kertas 2
tapi bahagian A dan C je..
karangan x payah buat..yeah!!

dalam 1 jam jugak
kitorang makan tengahari
walaupun masih kenyang kitorang makn lagi
hehehehehe ^_^
setelah sudah kenyang kita dibenarkan rehat..
yeah, jadi kitorang tidur, borak, makan!
tapi kami dibenarkan rehat 30 minit je..sob2

pkl 2.00 ptg kami solat zohor. diimankan ..tak ingt lah
pastuh sambung balik belajar..
kali ini subject Sains...mak sy ajar,,hehehehe

kali ini mase riadah..mula2 macam nak hujan tapi alhamdullilah tak..
kitorang main bola jew.
pastuh makan petang.
makan kerepek dan minum teh...sedap $_$

pkl 6, kami..balik asrama untuk mandi
lepas mandi terus je solat maghrib dan makan malam
makan selesai , kami diberi ceramah oleh ustaz sekolah menengah
dalam 8.30 , kami solat Isha' berjemaah

pastuh ada tayangan!
cerita cina..boring
jadi semua budak perempuan ckp diorang nak balik asrama.
kebetulan, sebelum semua bdk prmpn pergi...ade sorang mak budak lelaki bagi pulut..

selepas semua (bdk pompuan) kumpul kat asrama
kitorang makan sambil berborak2
seronok!!
dalam pkl 10 mlm, kitorang tidur lah, walaupun tak mengantuk..
lagipun ustazah dah marah!!

oklah..lain kali sy sambung lagi cite nih
wasaalam

Saturday, June 5, 2010

Selamat b3rcuti3





salam...
selamat bercuti buat kawan2 semua.*_*
semoga sentiasa happy go lucky yea
manfaatkan cuti sekolah ini dengan aktiviti yg berfaedah dan munafaat

kalau cerita tentang cuti..sy nak buat ape ye???
oh,baru ingat cuti kali ini ada kem motivasi kat sekolah!!
kem tuh selama 2 hari ..tak cabar lak $_$

aktiviti ape lagi yea kita boleh lakukan???

1-membaca (itu mmg pasti & tak leh lupa)
2-jalan2 (nak pergi mana ye??)
3-ulangkaji pelajaran (huhuhu..malas lak. ish teroknyerr perangai)
4-main komputer (yeyeye)
5-tolong ibubapa (hahha,kene rajin2 siket)

oklah setakat ini je entri kali ini...
dan selamat holiday (peliknyerr perkataan)

wasala,m